Berat badan berlebihan didefinisikan sebagai lemak badan yang berlebihan. Ia mungkin disebabkan keturunan atau cara hidup.
Pengurusan dan rawatan jangkamasa panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan pengurangan berat badan.
Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian adalah cara yang penting untuk memiliki badan yang sihat dan menarik.
PENYEBAB BERAT BADAN BERLEBIHAN
- Pengambilan makanan dan kalori yang berlebihan
- Kurang aktiviti fizikal
- Pengaruh genetik
- Sejarah kegemukan dalam keluarga
- Amalan makan apabila bosan, tertekan atau kecewa
PENGUKURAN TAHAP KEGEMUKKAN
Anda boleh memeriksa sekiranya anda obes or mempunyai berat badan berlebihan dengan mengira Indeks Jisim Badan (BMI) atau mengukur lilitan pinggang.
Apakah itu Indeks Jisim Badan (BMI)?
Indeks Jisim Badan ialah formula untuk menilai berat badan seseorang relatif dengan tinggi. Sekiranya anda tahu nilai berat dan tinggi badan, anda boleh mendapatkan bacaan BMI dengan menggunakan pengira BMI online, contohnya www.eatwell.gov.uk/healthydiet/healthyweight/bmicalculator/
(Berat badan dalam kg)
Indeks Jisim Badan (BMI) =
(Tinggi dalam m)2
Nilai BMI bermaksud :
Nilai BMI
|
Klasifikasi
|
Risiko kesihatan
|
| Kurang 18.5 | Kurang berat badan | Ada risiko |
| 18.5-24.9 | Biasa | Tiada |
| 25.0-29.9 | Lebih berat badan | Risiko sederhana |
| 30.0 dan lebih | Obes | Risiko tinggi |
Lilitan pinggang
Risiko mendapat penyakit seperti kencing manis atau masalah jantung boleh ditunjukkan oleh saiz lilitan pinggang. Orang yang mempunyai lemak lebih di bahagian pinggang (‘apple-shaped’) mempunyai risiko lebih tinggi berbanding orang yang berlemak lebih di bahagian peha dan pinggul (‘pear-shaped’).
RISIKO KESIHATAN
Sesetengah masalah kesihatan menjadi lebih teruk dengan pertambahan berat badan, contohnya:
- Penyakit jantung
- Angin ahmar (strok)
- Tekanan darah tinggi
- Batu karang
- Kencing manis
- Kolesterol darah yang tinggi
- Gout
- Sakit belakang
- Susah tidur disebabkan masalh pernafasan (apnoea)
- Osteoarthritis pada tulang belakang, pinggul dan lutut
- Komplikasi semasa mengandung
- Ketidaksuburan
- Penyakit hati
- Sesetengah jenis barah (ie. Payudara, kolon )
PENJAGAAN KENDIRI
· Perubahan pemakanan
§ Amalkan pemakanan sihat. Hadkan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan tenaga dan lemak tinggi, contohnya gula putih, pizza, burger, kek, coklat, dan minuman ringan bergas.
§ Penurunan berat badan sebanyak 1/2 hingga 1 kilogram seminggu adalah cara yang paling selamat untuk menurunkan berat badan dan mengekalkannya.
§ Makan dengan perlahan dan berhenti apabila anda rasa kelaparan hilang.
§ Elakkan perubahan pemakanan secara mendadak seperti crash diets, kerana ia tidak dapat membantu mengekalkan berat badan untuk jangkamasa yang lama.
- Tingkatkan aktiviti fizikal
§ Lakukan 30 minit aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu, contohnya berjalan, berbasikal, naik tangga atau berenang.
§ Mulakan perlahan-lahan dengan aktiviti harian (contoh: meletak kereta dengan jarak 10 minit dari tempat kerja dan berjalan ke tempat kerja).
RAWATAN
PANDUAN PENGUBATAN KENDIRI- Ubat untuk berat badan berlebihan
(sila klik nama ubat di bawah untuk maklumat lanjut):
¨ Orlistat
RAWATAN LAIN
- Terapi alternative (akupuntur, hypnosis)
- Pembedahan (untuk individu yang terlalu gemuk)
KEBAIKAN DARI PENGURANGAN BERAT BADAN
- Anda akan rasa dan nampak lebih sihat
- Mengurangkan tekanan darah
- Mengurangkan tahap gula darah
- Merendahkan trigeliserid (kolesterol ‘buruk’)
- Meningkatkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL: kolesterol ‘baik’)
RUJUKAN
1. Laman web: Self Care Guide, Pharmaceutical Services Division, Ministry of Health Malaysiahttp://www.pharmacy.gov.my/self_care_guide
2. Laman web: MayoClinic.com, 05.10.2010 http://www.mayoclinic.com/health/ obesity/DS00314/DSECTION=treatments-and-drugs
3. Laman web: MedlinePlus http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/ 000403.htm
4. Website:Altavista http://us.yhs4.search.yahoo.com/yhs/search?fr=altavista&itag= ody&q= overweight&kgs=1&kls=0
5. Australian Pharmacy Self Care Health Information 2008.
0 komen:
Post a Comment
SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)